Monday, May 31, 2010

Game Seterusnya.. Kelantan vs Perak : Kota Bharu.


...apa yang nk di ulas lagi ni ye..?? Kira mudah2 Kelate kena meney lah!! Gomo Kelate Gomo..

Jangan lupa buat penyokong setia pasukan Kelantan, esok ada live di Astro Arena 801 Kelantan vs Perak.

Selamat menonton.

Sunday, May 30, 2010

Kelantan bangkit kutip tiga mata

KELANTAN masih enggan menyerah kalah daripada memburu gelaran Liga Super apabila bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan malam ini.

Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan mengumpul 42 mata namun kekal lapan mata di belakang pendahulu, Selangor yang turut mencatat kemenangan dengan membenam Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Kelantan yang terdesak untuk mengutip tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Selangor tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-23.

Bagaimanapun skuad bimbingan B Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).

Kelantan akan berdepan Perak di kota Bharu Selasa ini pada hari terakhir sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan. - liga-m.sokernet.com

Friday, May 28, 2010

Game Seterunya : Penang vs Kelantan : 29 May 2010


Hatrik Norshahrul Idlan Talaha pada game pusingan pertama yang lalu di Kota Bharu menyekat kemaraan P.Pinang yang pada mulanya berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama. 2 gol Shahrul pada masa kedua menjamin tiga mata penuh buat Kelantan.


Keputusan game lepas di Kota Bharu


Malam esok (29 May 2010) adalah skrip yang berbeza. Bertandang ke Batu Kawan dengan rekod seri tanpa jaringan di Darul Aman sedikit meresahkan pengurusan Kelantan. Pemain2 Kelantan kini perlu menukar tekanan yang dirasai kepada persembahan yang mantap bagi menjelmakan 3 mata. Memandangkan hanya tinggal 7 sahaja lagi baki perlawanan liga super musim ini, Kelantan secara matematiknya perlu menang semua game termasuk dengan Penang esok jika tidak mahu melepaskan peluang untuk menjuarai Liga Super.

Bak kata Sathianathan, lupakan Selangor & tumpukan perhatian pada setiap game sendiri. Fokus pada 3 mata. Harapan peminat mahu melihat Kelantan menjadi Juara Liga super 2010 mungkin terkubur jika pemain tidak bermain untuk menang. Harus diingat bahawa pasukan Terengganu yang berada di tempat ketiga hanya beza 5 mata sahaja berbanding kita dgn selangor 8 mata. Jangan pula yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. GOMO KELATE GOMO!! - userunyusof

Wednesday, May 26, 2010

Kelantan diikat Kedah, Selangor terus terbang tinggi.

1 mata lebih baik dari tidak ada apa-apa langsung. Begitulah ayat penenang diri yang terbaik untuk menyejukkan rasa kecewa malam tadi. Kedah memaksa Kelantan berhempah pulas untuk mendapatkan gol kemenangan, dengan keadaan padang yang kurang enak dilihat apatah lagi bermain di atasnya. Permainan rancak disajikan kedua-dua pasukan namun banyak berlegar di tengah padang & hanya sekali sekala sahaja penjaga gol dicuba. Asakan tidak bertali arus Kelantan memudahkan pertahanan Kedah. Kedah dilihat bijak membaca rentak serangan Kelantan dengan memaku kemas penyerang berbisa Shahrul Idlan Talaha untuk bergerak bebas. Kurang persefahaman antara Farhan & Shahrul juga sedikit sebanyak merencatkan bisa serangan Kelantan semalam. Bahagian tengah Kelantan yang dikepalai Piya & dibantu Shakir bijak mengatur permainan tetapi kandas di bahagian depan sebelum memasuki kotak penalti. Pujian boleh diberi kepada pertahanan Kelantan yang berjaya mematahkan serangan kilat Kedah. Daudsu tampak kebal di bahagian kanan & Farisham di sebelah kiri.

Keseluruhan permainan nampak rancak namum Kedah & Kelantan tetap buntu menjelmakan gol hinggalah ke wisel penamat. Kini Kelantan makin perlahan mengejar Selangor yang nampaknya sedang berlari kencang. Dibezakan 8 mata, agak sukar jika dihitung dengan baki perlawanan yang ada. Tapi bola itu bukan segitiga, apa juga boleh terjadi.


Untuk Makluman, Sabtu ini 29hb. May 2010 Kelantan akan beraksi di Stadium Batu Kawan untuk menentang Pulau Pinang. Sama-sama kita terus menerus menyokong Pasukan Kebanggaan kita Kelantan untuk membawa pulang 3 mata selepas keciciran di Kedah. Ayuh kita beramai-ramai ke Batu Kawan. Gomo Kelate Gomo!!

Untuk pengetahuan penyokong2 TRW yang besmastautin di Selangor & Lembah Klang, Kelate dot net akan mengadakan trip ke Pulau Pinang. Maklumat lanjut bolehlah hubungi Abe Jera [012-2964811] & MHrosdi [013-2681858]. Kelate.Net Nadi Pengerak Sokongan The Red Warriors.


Klik image kalu xleh baco ;)

Monday, May 24, 2010

Malam ini ada bola..!

Gambar Hiasan


Malam ini jangan lupa adik kakok deh.. berilah sokongan walau apa cara sekalipun. Update lah diri anda dengan keputusan semasa perlawanan terutama melibatkan pasuka kesayangan kita Kelantan Wira Merah. Banyak cara untuk mengetahui keputusan semasa & yang paling mudah adalah menonton Astro Arena 801 : Arena Bolasepak Selasa. Dikhabarkan perlawanan Langsung di Astro Arena adalah melibatkan Pahang vs Selangor, namun perlawanan kedua2 pasukan ini sukar untuk dilepaskan kerana kita amat mengharapkan Pahang bermain amat baik bagi membenam Selangor sebagai pendahulu Liga Super. Jika Selangor seri / kalah malam ini bermakna ia berita gembira buat Kelantan. Jurang perbezaan 6 mata Selangor dengan Kelantan yang masih sukar digugat mana-mana pasukan setakat ini memerlukan sentuhan ajaib Pahang untuk merobek ranap pertahanan Selangor.. InsyaAllah :)

Apa-apa pun malam nanti kita mahukan pasukan kesayangan kita Kelantan menang walau apa cara sekalipun dan mengharapkan Selangor kecundang. Jangan lupa, TV1 akan menyiarkan perlawanan tertunda melibatkan Kedah vs Kelantan jam 12.30mlm nanti.

Bagi yang mempunyai akaun Facebook boleh medapatkan update keputusan terkini melalui Facebook Fan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan - http://www.facebook.com/pages/Kota-Bharu-Malaysia/Kelab-Penyokong-Siber-Bola-Sepak-Kelantan/167540886083?__a=19
atau laman web Kelate.net - http://www.kelate.net/


~GOMO KELATE GOMO~

Sunday, May 23, 2010

Game Seterusnya...


Perlawanan BALAS DENDAM!!

GAME PASTI TONTON BAGI SEMUA PENGIKUT SETIA RED WARRIORS. TIDAK DAPAT TIDAK KELANTAN KENA MENANG BAGI MENEBUS MARUAH YANG PERNAH TERCALAR KETIKA MELAYANI KUNJUNGAN KENARI PADA AWAL MUSIM 2010 LALU. KEKALAHAN 0-1 MASIH SEGAR DI INGATAN PENYOKONG KELANTAN HASIL KESILAPAN PENJAGA GOL UTAMA KETIKA ITU SYED ADNEY.


KEKALAHAN YANG TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH SEBILANGAN BESAR PENYOKONG TELAH MENGUNDANG PROVOKASI & LAUNGAN "PECAT SATHIA" KEDENGARAN DI PERKARANGAN SSM4 SELEPAS TAMAT PERLAWANAN TERSEBUT. TETAPI ITU SEMUA CERITA LAMA YANG HARUS KITA LUPAKAN SEGERA DARI BENAK FIKIRAN KITA. AYUH KALI INI KITA LAUNG KAN GOMO KELATE GOMO DI STADIUM DARUL AMAN BAGI MEMBAKAR SEMANGAT PEMAIN-PEMAIN YANG AKAN MEMBUKTIKAN BAHAWA KEKALAHAN LALU ADALAH NASIB SEMATA-MATA..!! - userunyusof


MAMPUKAH PENYERANG RED WARRIORS
MEMECAH KUBU KEBAL KENARI SELASA INI??



INDRA PUTRA DIJANGKA KEKAL SEBAGAI KAPTEN SKUAD KENDALIAN B. SATHIANATHAN BAGI MEROBEK KUBU KEDAH.

APAKAH RAMUAN YANG BAKAL DIGUNAKAN OLEH ABE YA KALI INI??
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN.. GOMO KELATE GOMO!

_________________________________________________________


1PENYOKONG 1DEGHO



Sunday, May 16, 2010

Kelantan vs Terengganu : 15 May 2010

KELANTAN terus memberi tekanan kepada Selangor apabila berjaya menjinakkan jirannya, Terengganu 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini. (LIHAT VIDEO)

Kesilapan ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-28 (LIHAT VIDEO) sebelum Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan buat Kelantan dua minit kemudian (LIHAT VIDEO).

Pada minit ke-35 Kelantan dihadiahkan tendangan penalti dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang untuk gol ketiga tuan rumah (LIHAT VIDEO).

Keputusan perlawanan berkenaan bagaimana pun tidak mengubah kedudukan Kelantan yang kekal di tangga kedua selepas Selangor turut mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan bagi membolehkan pasukan Merah Kuning itu terus gah menerajui carta Liga Super.-liga-m.sokernet.com




Indra Putra dipilih sebagai pemain terbaik malam tadi


























Thursday, May 13, 2010

Game Seterusnya...


PERTEMBUNGAN TRADISI NEGERI BERJIRAN KELANTAN & TERENGGANU SABTU INI PASTI MENJANJIKAN SATU PERLAWANAN YANG SENGIT & PALING DINANTIKAN SELURUH PENYOKONG THE RED WARRIORS. PERTEMUAN DI PUSINGAN PERTAMA PADA PERMULAAN SAINGAN LIGA SUPER PADA 9 JANUARI LALU DI KUALA TERENGGANU HANYA BERKESUDAHAN SERI TANPA JARINGAN. WALAUPUN MASING-MASING BUNTU MENCARI GOL NAMUM PERMAINAN YANG DISAJIKAN TETAP MENDEBARKAN.


PADA EPISOD KALI INI, SKUAD KENDALIAN B. SATHIANATHAN MAHU MEMBUKTIKAN REPUTASI SEBENAR SANG JUARA PANTAI TIMUR ADALAH MILIK KELANTAN DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA UNTUK MEMBENAM SANG PENYU.

SENTUHAN EMAS PIYA SEJAK KEBELAKANGAN INI MENJADI IGAUAN KEPADA PIHAK LAWAN SEBAGAIMANA YANG BELIAU BUKTIKAN PADA PERLAWANAN MENENTANG JOHOR SELASA LALU. SENTUHAN YANG SEMAKIN MENJADI DIHARAP DAPAT DITERUSKAN BAGI MEMBANTU KELANTAN MENGUTIP TIGA MATA DI ARENA SENDIRI.


BAGI PEMINAT-PEMINAT SETIA KELANTAN, PERLAWANAN TUMPUAN INI AMAT DINANTI-NANTIKAN & TIDAK MUSTAHIL STADIUM SULTAN MOHD KE IV AKAN MENJADI PADAT & MELIMPAH RUAH DENGAN PENYOKONG BERPAKAIAN SERBA MERAH.

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN SUASANA & MEMADATKAN LAGI STADIUM YANG MEMANG AKAN SENDAT. - userunyusof

Tuesday, May 11, 2010

Johor 1-4 Kelantan

KELANTAN kembali ke landasan tepat untuk mencabar Selangor di tangga teratas liga selepas menang bergaya 4-1 ke atas Johor dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos malam ini.

Mohd Badhri Radzi menjaringkan dua gol manakala dua lagi gol Kelantan disumbangkan ketua pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin dan jaringan sendiri pemain tuan rumah.

Kemenangan malam ini membolehkan Kelantan merapati Selangor dengan perbezaan tiga mata di belakang pasukan Red Giants itu.

Manakala Johor kekal di tangga ke-13 Liga Super. - liga-m.sokernet.com

Sunday, May 9, 2010

Game Seterusnya..


PERLAWANAN YANG DIJANGKA MUDAH TAPI SANGATLAH PERLU BERHATI-HATI. KELANTAN SEPATUTNYA TIDAK BOLEH LAGI KECICIRAN SEBARANG MATA JIKA BERHASRAT UTK MEMINTAS PENDAHULU LIGA SUPER SELANGOR YANG SEMAKIN MENJAUH.

PERLAWANAN INI DIADAKAN AWAL SEMINGGU DARI TARIKH ASAL DI ATAS SEBAB2 YANG TIDAK PASTI.

PREDICTION : KELANTAN WAJIB MENANG

SCORE : JOHOR 0 - 2 KELANTAN

Pahang 3-3 Kelantan

PAHANG nyaris mencipta kejutan ke atas pencabar utama Liga Super musim ini, Kelantan namun kealpaan pada minit akhir perlawanan menyaksikan pasukan The Red Warriors itu berjaya menyumbat dua gol ketika ketinggalan 1-3 untuk mengikat kedudukan 3-3 di Stadium Darul Makmur malam ini.

Ketika pasukan tuan rumah berkira-kira membolot tiga mata penuh selain memberikan kejutan buat The Red Warriors, dua gol menerusi S Chanturu dan Nizad Ayub ternyata menghampakan para penyokong pasukan Tok Gajah melihat dua mata berharga diragut begitu saja tanpa ehsan.

Pasukan tuan rumah bagaimana pun terlebih dahulu ketinggalan satu gol di belakang apabila Mohd Norfarhan Muhamad menyumbat gol pembukaan seawal minit keenam.

Skuad Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh bangkit ‘mengamuk’ menjaringkan tiga gol selepas itu melalui Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-34 dan dua gol sumbangan Hasmizan Kamaridon pada minit ke-37 dan 46.

Kelantan yang begitu terdesak untuk mencatat kemenangan bagi terus merapati Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-87 untuk menjaringkan gol kedua apabila S Chanturu merapatkan kedudukan sebelum Mohd Nizad Ayub menjadi penyelamat ‘The Red Warriors’ dengan jaringan pada minit ke-90.

Keputusan perlawanan ini bagaimana pun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta Liga Super di mana Kelantan kekal di tangga kedua, tambahan pula apabila satu lagi pesaing terdekat Kelantan iaitu Terengganu turut mencatat keputusan seri apabila diikat 1-1 oleh pasukan Kedah.

Manakala Pahang pula masih berada di tangga ke-10 liga dengan 17 mata. - liga-m.sokernet.com

Thursday, May 6, 2010

Game Seterusnya..


REKOD PERLAWANAN LIGA SUPER DI STADIUM DARUL MAKMUR TAHUN 2010

9 Januari 2010 : Sabtu : Stadium Darul Makmur
Pahang 2
Shahrizan Salleh (m31), Azamuddin Akil (m49)
Perak 1
Mohd Nazri Mohd Kamal (pen m-22)


16 Januari 2010 : Sabtu : Stadium Darul Makmur
Pahang 2
Sharizan Salleh (m85, m90)
T-Team 1
Azrul Hazran Amiludin Baki (m19)


30 Januari 2010 : Sabtu : Stadium Darul Makmur
Pahang 2
Azamuddin Akil (m37), Shahrizan Salleh (m90+3)
Plus FC 1
Mohd Lot Hassan(m86)


09 Februari 2010 : Selasa : Stadium Darul Makmur
Pahang 2
Abdul Rahman Kadir (m37), Mohd Fazli Baharudin (m89)
Negeri Sembilan 1
K. Thanaraj (m65)


17 April 2010 : Sabtu : Stadium Darul Makmur
Pahang 0
Johor 1
Faisal Hussin (m65)


24 April 2010 : Sabtu : Stadium Darul Makmur
Pahang 2
Azzamuddin Akil (m49), Shahrizan Salleh (m82)
Kedah 1
Baddrol Bakhtiar (m12)

info : kredit to www.tokgajah.com


SKUAD TOK GAJAH HANYA KALAH SEKALI DI GELANGGANG KERAMAT MEREKA. SATU TUGAS BERAT UNTUK ANAK BUAH B.SATHIANATHAN SABTU INI. SEDIKIT KESILAPAN BOLEH MEMBAWA PADAH. KELANTAN HARUS BERMATI-MATIAN AGAR TIGA MATA PENUH DAPAT DIBAWA PULANG. PERLAWANAN DIJANGKA KAN AGAK SENGIT DENGAN DISAKSIKAN OLEH RIBUAN PENYOKONG RED WARRIORS DARI SELURUH NEGERI. GOMO KELATE GOMO!! - userunyusof


Wednesday, May 5, 2010

Kelantan vs Pahang : 04 May 2010

Keputusan Penuh Kelantan 2 - 1 Pahang

Dengan 3 mata berharga ini Kelantan berjaya mendaki tangga ke-2 liga dengan 28 mata di belakang Selangor dengan 32 mata. Kelantan akan berkunjung ke Kuantan pada hujung minggu ini utk sekali lagi berdepan dengan skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh. Adakah Kelantan akan terus mencipta kemenangan?? Sama-samalah kita nantikan. Ayuh kita penuhkan stadium Darul Makmur Kuantan dengan warna MERAH..!


Kesebelasan Kelantan serba putih


Kesebelasan Pahang




Farisham dikawal ketat Nik Zul


Shahrul Idlan meraikan gol pertama Kelantan pada minit ke-43



Shahrul Idlan mengumpan bola kepada rakan


Aksi Kapten Kelantan - Indra Putra Mahyuddin


Tandukan terbang Hairudin Omar hasil dari umpanan Piya memastikan Kelantan memungut 3 mata penuh.



Hairudin Omar meraikan gol kemenangan Kelantan minit ke-72