Sunday, September 19, 2010

Piala Malaysia : Kelantan vs KL Plus FC

Jika rekod perlawanan dlm saingan liga super 2010 diambil kira, Kelantan dilihat tidak punyai byk masalah utk membenam KL Plus FC mlm esok di Kota Bharu. Namun begitu, sikap terlalu yakin & mengambil mudah boleh mengundang padah. Misi utama Kelantan adalah 3 mata penuh, tidak kiralah berapa gol tetapi kemenangan harus dicipta di dpn penyokong sendiri yg sekali lg akan membanjiri Stadium keramat TRW. Berbekalkan kemenangan menentang PKNS FC dua hari lalu harus memberi keyakinan kepada anak2 buah B. Sathianathan utk terus beraksi cemerlang. Kelibat penjaga gol Syed Adney adalah paling dinanti penyokong setia TRW mlm esok setelah beliau dijulang wira bersama Akmal Rizal yg menjadi penyelamat 3 mata berharga Kelantan tempohari di Stadium MBPJ. - userunyusof

Hukum Kafa, Shabery kesal insiden bakar mercun


KEMAMAN – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek merasakan tindakan tegas diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung insiden membakar mercun oleh segelintir penyokong pasukan itu Selasa lalu.

Ahmad Shabery berkata, sebelum ini penyokong Kelantan sudah memiliki rekod bertindak di luar batasan pada perlawanan akhir Piala Malaysia November tahun lalu yang menyaksikan penyokongnya membakar stadium, merosakkan harta benda dan membaling bunga api serta mercun sehingga mencederakan pegawai bertugas dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM138,150.

Sehubungan itu, menurutnya, adalah wajar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan tindakan tegas terhadap Kafa atas perlakuan segelintir penyokong The Red Warriors berkenaan.

“Amat mengecewakan apabila penyokong Kelantan sekali lagi mengulangi apa yang pernah dilakukan dalam perlawanan terdahulu seolah-olah mereka seperti tidak serik walaupun Kafa sering didenda dan dikenakan pelbagai hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini.

“Bagaimanapun, disebabkan tindakan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh sebilangan penyokong ini, pasukan Red Warriors tidak wajar dipersalahkan,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Pada insiden yang menyaksikan kemenangan 1-0 Negeri Sembilan ke atas Kelantan itu, keaadaan tegang tercetus apabila pengadil memberikan tendangan penalti selepas pertahanan tuan rumah, S Subramaniam menjatuhkan Idris Karim di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, keputusan pengadil itu mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati penyokong Kelantan, menyebabkan ada antara mereka bertindak membakar dan membaling mercun.

Akibat perlakuan liar penyokong The Red Warriors itu juga Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan atau kelate.net turut melahirkan rasa kesal kerana tindakan segelintir penyokong nakal itu, ia turut mencemarkan imej penyokong Kelantan yang lain. - Sinar Harian online

Saturday, September 18, 2010

Syed Adney wira penyelamat The Red Warriors

Bergambar kenangan bersama Syed Adney di Majlis Memperkenalkan skuad Liga Super Kelantan awal tahun ini.


Sejak smlm rata2 penyokong & peminat pasukan Kelantan tidak henti2 memuji & meluahkan rasa amat bangga dengan penjaga gol kedua Kelantan Syed Adney (Syed) yg berjaya menepis sepakan penalti PKNS FC pada minit ke-90 & seterusnya memberikan kemenangan bermakna buat Kelantan hasil jaringan tunggal Akmal Rizal pada minit ke-73. Jika tiada penalti dihadiahkan kpd PKNS FC mlm td akibat bola terkena tangan Subra dlm kotak penalti, seharusnya wira mlm td adalah milik Akmal. Namun ternyata Syed lebih layak digelar wira sebenar kerana ketangkasan beliau menepis & membaca dgn tepat arah sepakan deras kapten PKNS FC Mohd Fadhil Mohd Hashim. Jika dilihat dari ulangan video penalti tersebut, bkn mudah utk menidakkannya tetapi Syed berjaya melakukan dgn cemerlang sekali.

Hasil dari ketangkasan Syed menyelamatkan 3 mata Kelantan mlm td seharusnya menjadikan Syed lebih yakin pada diri sendiri utk beraksi dgn lebih cemerlang di game yg akan dtg. Di harap puji-pujian yg dihamburkan kepada beliau boleh menjadikan Syed lebih matang & bukannya 'lena di ulit intan'. Syed sudah boleh melupakan kesilapan lama kerana beliau telah membuktikan kepada seluruh penyokong Kelantan khususnya yg tidak henti2 menkritik beliau setiap kali turun beraksi.

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
- TAHNIAH to Syed Adney sbb save penalti PKNS & tidak lupa juga pada Akmal yg menjaringkan gol kemenangan KELATE & semua pemain2.
- userunyusof


Friday, September 17, 2010

Keputusan Penuh : PKNS FC [0]-[1] KELANTAN




Kelantan bangkit tewaskan PKNS

September 18th 2010 | Posted by Liga Malaysia

NAIB juara 2009, Kelantan kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menghampakan tuan rumah, Selangor PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua di Stadium Petaling Jaya, malam tadi.

Selepas menerima kejutan di laman sendiri, tewas 0-1 kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kota Bharu Selasa lepas, kemenangan berkenaan kembali melonjakkan moral skuad The Red Warriors dalam usaha mereka memburu trofi sulung Piala Malaysia.

Pada minit-minit akhir perlawanan, penyokong Kelantan hampir tersentak apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah kerana mendakwa S Subramaniam menahan bola dengan tangan ketika perlawanan hampir ditamatkan.

Mujur ketangkasan penjaga gol, Syed Adney menyelamatkan Kelantan daripada pulang hampa apabila dia tenang menyelamatkan bola yang menghala ke sebelah kiri pintu gol pelawat. - sumber : http://liga-m.sokernet.com

Thursday, September 16, 2010

Game Seterusnya... PKNS FC vs Kelantan - 8.45mlm, Stadium Kelana Jaya, PJ


Berdasarkan rekod Liga Perdana & Piala FA, PKNS fc amat kebal di laman sendiri. Dengan rekod membenam Juara Liga Super Selangor pada saingan Piala FA Februari lalu memberikan satu petanda kurang enak buat Kelantan mlm ini yg akan turun dengan misi mengutip 3 mata setelah kecundang di laman sendiri Selasa lalu menentang juara bertahan N9. PKNS fc mlm ini tampak lebih yakin berbanding Kelantan kerana mereka telah memperoleh 3 mata hasil dari kemenangan menentang KL Plus [0]-[1]. Bagi Kelantan, tekanan yg dirasai amat hebat kerana hanya kemenangan sahaja boleh meyakinkan peminat2 fanatik yg mungkin akan sekali lg menggamatkan Stadium PJ mlm ini. Silap langkah, keadaan mungkin menjadi lebih parah.

Prediction utk mlm ini - main sedak = MENANG, main supo lwn N9 = SERI atau silap2 bulih KALOH pulok.

insyaAllah FT : PKNS fc 1 - 3 Kelantan


-----------------------------------------------------------------------------------------

STATISTIK PKNS FC DALAM LIGA PERDANA 2010





Total Home Away
Wins 14 8 6
Losses 5 2 3
Draws 3 1 2
Clean sheets 11 6 5
Avg. goals per match 2.55 2.73 2.36
Avg. goals conceded per match 0.82 0.64 1
Rank 3


Biggest victory 0 - 8, vs Shahzan Muda
Biggest defeat 2 - 0, vs Sabah