Jangan lupa buat penyokong setia pasukan Kelantan, esok ada live di Astro Arena 801 Kelantan vs Perak.
Selamat menonton.
KELANTAN masih enggan menyerah kalah daripada memburu gelaran Liga Super apabila bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan malam ini.
Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan mengumpul 42 mata namun kekal lapan mata di belakang pendahulu, Selangor yang turut mencatat kemenangan dengan membenam Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.
Kelantan yang terdesak untuk mengutip tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Selangor tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-23.
Bagaimanapun skuad bimbingan B Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).
Kelantan akan berdepan Perak di kota Bharu Selasa ini pada hari terakhir sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan. - liga-m.sokernet.com
Kesilapan ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-28 (LIHAT VIDEO) sebelum Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan buat Kelantan dua minit kemudian (LIHAT VIDEO).
Pada minit ke-35 Kelantan dihadiahkan tendangan penalti dan Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang untuk gol ketiga tuan rumah (LIHAT VIDEO).
Keputusan perlawanan berkenaan bagaimana pun tidak mengubah kedudukan Kelantan yang kekal di tangga kedua selepas Selangor turut mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan bagi membolehkan pasukan Merah Kuning itu terus gah menerajui carta Liga Super.-liga-m.sokernet.com
Mohd Badhri Radzi menjaringkan dua gol manakala dua lagi gol Kelantan disumbangkan ketua pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin dan jaringan sendiri pemain tuan rumah.
Kemenangan malam ini membolehkan Kelantan merapati Selangor dengan perbezaan tiga mata di belakang pasukan Red Giants itu.
Manakala Johor kekal di tangga ke-13 Liga Super. - liga-m.sokernet.com
Ketika pasukan tuan rumah berkira-kira membolot tiga mata penuh selain memberikan kejutan buat The Red Warriors, dua gol menerusi S Chanturu dan Nizad Ayub ternyata menghampakan para penyokong pasukan Tok Gajah melihat dua mata berharga diragut begitu saja tanpa ehsan.
Pasukan tuan rumah bagaimana pun terlebih dahulu ketinggalan satu gol di belakang apabila Mohd Norfarhan Muhamad menyumbat gol pembukaan seawal minit keenam.
Skuad Tok Gajah yang dibimbing Dollah Salleh bangkit ‘mengamuk’ menjaringkan tiga gol selepas itu melalui Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-34 dan dua gol sumbangan Hasmizan Kamaridon pada minit ke-37 dan 46.
Kelantan yang begitu terdesak untuk mencatat kemenangan bagi terus merapati Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-87 untuk menjaringkan gol kedua apabila S Chanturu merapatkan kedudukan sebelum Mohd Nizad Ayub menjadi penyelamat ‘The Red Warriors’ dengan jaringan pada minit ke-90.
Keputusan perlawanan ini bagaimana pun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta Liga Super di mana Kelantan kekal di tangga kedua, tambahan pula apabila satu lagi pesaing terdekat Kelantan iaitu Terengganu turut mencatat keputusan seri apabila diikat 1-1 oleh pasukan Kedah.
Manakala Pahang pula masih berada di tangga ke-10 liga dengan 17 mata. - liga-m.sokernet.com