Thursday, May 13, 2010

Game Seterusnya...


PERTEMBUNGAN TRADISI NEGERI BERJIRAN KELANTAN & TERENGGANU SABTU INI PASTI MENJANJIKAN SATU PERLAWANAN YANG SENGIT & PALING DINANTIKAN SELURUH PENYOKONG THE RED WARRIORS. PERTEMUAN DI PUSINGAN PERTAMA PADA PERMULAAN SAINGAN LIGA SUPER PADA 9 JANUARI LALU DI KUALA TERENGGANU HANYA BERKESUDAHAN SERI TANPA JARINGAN. WALAUPUN MASING-MASING BUNTU MENCARI GOL NAMUM PERMAINAN YANG DISAJIKAN TETAP MENDEBARKAN.


PADA EPISOD KALI INI, SKUAD KENDALIAN B. SATHIANATHAN MAHU MEMBUKTIKAN REPUTASI SEBENAR SANG JUARA PANTAI TIMUR ADALAH MILIK KELANTAN DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA UNTUK MEMBENAM SANG PENYU.

SENTUHAN EMAS PIYA SEJAK KEBELAKANGAN INI MENJADI IGAUAN KEPADA PIHAK LAWAN SEBAGAIMANA YANG BELIAU BUKTIKAN PADA PERLAWANAN MENENTANG JOHOR SELASA LALU. SENTUHAN YANG SEMAKIN MENJADI DIHARAP DAPAT DITERUSKAN BAGI MEMBANTU KELANTAN MENGUTIP TIGA MATA DI ARENA SENDIRI.


BAGI PEMINAT-PEMINAT SETIA KELANTAN, PERLAWANAN TUMPUAN INI AMAT DINANTI-NANTIKAN & TIDAK MUSTAHIL STADIUM SULTAN MOHD KE IV AKAN MENJADI PADAT & MELIMPAH RUAH DENGAN PENYOKONG BERPAKAIAN SERBA MERAH.

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN SUASANA & MEMADATKAN LAGI STADIUM YANG MEMANG AKAN SENDAT. - userunyusof

No comments:

Post a Comment