Saturday, October 2, 2010

Game Seterusnya... Negeri Sembilan vs Kelantan - 8.45mlm, Stadium Paroi.


Memandangkan kesibukan yg melanda.. blog ini terbiar buat seketika. Faktor kecewa juga sikit sebanyak menjadi alasan. Tak lupa juga, faktor paling utama adalah jadual Piala Malaysia caca merba yg disusun FAM. Di kala saingan kumpulan sdg hangat, tup tup berhenti rehat pulak 2 minggu... Tp apa leh buat, ckp berbuih mulut pun xguna kalau berkait dgn FAM ni.

Apa2 pun, demam kembali bermula.. dgn harapan skuad TRW segar bugar hendaknya. Misi 9 mata bermula esok dgn cabaran paling getir menentang N9 di Paroi. SUkar tp x mustahil. TRW pasti bermati-matian mlm esok bg mendpt 3 mata pertama dlm pusingan kedua ini. Percayalah, Kelantan seboleh-bolehnya mahu menjadi pendahulu kumpulan utk mengelak diri dari bertemu Selangor di suku akhir yg mana Selangor dilihat sudah selesa mendahului kumpulan D.

Bagi penyokong2 fanatik Kelantan yg akan ke Paroi esok, jaga tingkah laku anda, harapan kita utk melihat pasukan bermain dgn selesa & beroleh kemenangan. Ingatlah bahawa anda merupakan pemain ke-12 yg menjadi penguat semangat seluruh pemain2 TRW. Ayuh laungkan GOMO KELATE GOMO sekuat mungkin di Paroi mlm esok...!!!

No comments:

Post a Comment