Sunday, October 10, 2010

KL Plus [0]-[4] Kelantan : Kelantan akan berdepan Selangor di suku akhir

DUA pasukan terbaik Liga Super musim ini, Kelantan dan Selangor akan bertemu lebih awal di peringkat suku akhir selepas skuad The Red Warriors muncul naib juara Kumpulan A hasil kejayaan menewaskan KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Hasrat Kelantan untuk muncul juara Kumpulan A tidak kesampaian apabila Negeri Sembilan berjaya menewaskan PKNS 3-1 walaupun skuad The Red Warriors membelasah KL Plus 4-0.

Kelantan melakukan serangan bertali arus sejak awal perlawanan dan gol sulung menjelma pada minit ke-24 menerusi rembatan kencang Badhri Radzi selepas menerima hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Gol kedua Kelantan menyusul 12 minit kemudian. Kali ini menerusi Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya melepasi perangkap offside dan kemudian memperdaya seoarang pemain pertahan KL plus, sebelum memperdaya penjaga gol KL Plus buat menggamatkan Stadium MBPJ.

Hanya berselang lima minit, Norshahrul sekali lagi bertindak cemerlang dengan jaringan kedua peribadinya untuk menjadikan kedudukan 3-0 sehingga berakhir babak pertama.

Kelantan terus menguasai permainan di babak kedua, namun hanya satu gol mampu dicipta menerusi jaringan pemain tengah, Rizal Fahmi pada minit ke-68.

Perlawanan pertama suku akhir akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini diikuti perlawanan kedua di Kota Bharu empat hari kemudian.

Negeri Sembilan pula akan melayani kunjungan Perlis pada satu lagi aksi suku akhir. - liga-m.sokernet.com


Video Perlawanan



No comments:

Post a Comment