Friday, May 28, 2010

Game Seterunya : Penang vs Kelantan : 29 May 2010


Hatrik Norshahrul Idlan Talaha pada game pusingan pertama yang lalu di Kota Bharu menyekat kemaraan P.Pinang yang pada mulanya berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama. 2 gol Shahrul pada masa kedua menjamin tiga mata penuh buat Kelantan.


Keputusan game lepas di Kota Bharu


Malam esok (29 May 2010) adalah skrip yang berbeza. Bertandang ke Batu Kawan dengan rekod seri tanpa jaringan di Darul Aman sedikit meresahkan pengurusan Kelantan. Pemain2 Kelantan kini perlu menukar tekanan yang dirasai kepada persembahan yang mantap bagi menjelmakan 3 mata. Memandangkan hanya tinggal 7 sahaja lagi baki perlawanan liga super musim ini, Kelantan secara matematiknya perlu menang semua game termasuk dengan Penang esok jika tidak mahu melepaskan peluang untuk menjuarai Liga Super.

Bak kata Sathianathan, lupakan Selangor & tumpukan perhatian pada setiap game sendiri. Fokus pada 3 mata. Harapan peminat mahu melihat Kelantan menjadi Juara Liga super 2010 mungkin terkubur jika pemain tidak bermain untuk menang. Harus diingat bahawa pasukan Terengganu yang berada di tempat ketiga hanya beza 5 mata sahaja berbanding kita dgn selangor 8 mata. Jangan pula yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. GOMO KELATE GOMO!! - userunyusof

No comments:

Post a Comment