Wednesday, May 26, 2010

Kelantan diikat Kedah, Selangor terus terbang tinggi.

1 mata lebih baik dari tidak ada apa-apa langsung. Begitulah ayat penenang diri yang terbaik untuk menyejukkan rasa kecewa malam tadi. Kedah memaksa Kelantan berhempah pulas untuk mendapatkan gol kemenangan, dengan keadaan padang yang kurang enak dilihat apatah lagi bermain di atasnya. Permainan rancak disajikan kedua-dua pasukan namun banyak berlegar di tengah padang & hanya sekali sekala sahaja penjaga gol dicuba. Asakan tidak bertali arus Kelantan memudahkan pertahanan Kedah. Kedah dilihat bijak membaca rentak serangan Kelantan dengan memaku kemas penyerang berbisa Shahrul Idlan Talaha untuk bergerak bebas. Kurang persefahaman antara Farhan & Shahrul juga sedikit sebanyak merencatkan bisa serangan Kelantan semalam. Bahagian tengah Kelantan yang dikepalai Piya & dibantu Shakir bijak mengatur permainan tetapi kandas di bahagian depan sebelum memasuki kotak penalti. Pujian boleh diberi kepada pertahanan Kelantan yang berjaya mematahkan serangan kilat Kedah. Daudsu tampak kebal di bahagian kanan & Farisham di sebelah kiri.

Keseluruhan permainan nampak rancak namum Kedah & Kelantan tetap buntu menjelmakan gol hinggalah ke wisel penamat. Kini Kelantan makin perlahan mengejar Selangor yang nampaknya sedang berlari kencang. Dibezakan 8 mata, agak sukar jika dihitung dengan baki perlawanan yang ada. Tapi bola itu bukan segitiga, apa juga boleh terjadi.


Untuk Makluman, Sabtu ini 29hb. May 2010 Kelantan akan beraksi di Stadium Batu Kawan untuk menentang Pulau Pinang. Sama-sama kita terus menerus menyokong Pasukan Kebanggaan kita Kelantan untuk membawa pulang 3 mata selepas keciciran di Kedah. Ayuh kita beramai-ramai ke Batu Kawan. Gomo Kelate Gomo!!

Untuk pengetahuan penyokong2 TRW yang besmastautin di Selangor & Lembah Klang, Kelate dot net akan mengadakan trip ke Pulau Pinang. Maklumat lanjut bolehlah hubungi Abe Jera [012-2964811] & MHrosdi [013-2681858]. Kelate.Net Nadi Pengerak Sokongan The Red Warriors.


Klik image kalu xleh baco ;)

No comments:

Post a Comment