Sunday, May 30, 2010

Kelantan bangkit kutip tiga mata

KELANTAN masih enggan menyerah kalah daripada memburu gelaran Liga Super apabila bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan malam ini.

Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan mengumpul 42 mata namun kekal lapan mata di belakang pendahulu, Selangor yang turut mencatat kemenangan dengan membenam Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Kelantan yang terdesak untuk mengutip tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Selangor tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-23.

Bagaimanapun skuad bimbingan B Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).

Kelantan akan berdepan Perak di kota Bharu Selasa ini pada hari terakhir sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan. - liga-m.sokernet.com

No comments:

Post a Comment