Monday, May 24, 2010

Malam ini ada bola..!

Gambar Hiasan


Malam ini jangan lupa adik kakok deh.. berilah sokongan walau apa cara sekalipun. Update lah diri anda dengan keputusan semasa perlawanan terutama melibatkan pasuka kesayangan kita Kelantan Wira Merah. Banyak cara untuk mengetahui keputusan semasa & yang paling mudah adalah menonton Astro Arena 801 : Arena Bolasepak Selasa. Dikhabarkan perlawanan Langsung di Astro Arena adalah melibatkan Pahang vs Selangor, namun perlawanan kedua2 pasukan ini sukar untuk dilepaskan kerana kita amat mengharapkan Pahang bermain amat baik bagi membenam Selangor sebagai pendahulu Liga Super. Jika Selangor seri / kalah malam ini bermakna ia berita gembira buat Kelantan. Jurang perbezaan 6 mata Selangor dengan Kelantan yang masih sukar digugat mana-mana pasukan setakat ini memerlukan sentuhan ajaib Pahang untuk merobek ranap pertahanan Selangor.. InsyaAllah :)

Apa-apa pun malam nanti kita mahukan pasukan kesayangan kita Kelantan menang walau apa cara sekalipun dan mengharapkan Selangor kecundang. Jangan lupa, TV1 akan menyiarkan perlawanan tertunda melibatkan Kedah vs Kelantan jam 12.30mlm nanti.

Bagi yang mempunyai akaun Facebook boleh medapatkan update keputusan terkini melalui Facebook Fan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan - http://www.facebook.com/pages/Kota-Bharu-Malaysia/Kelab-Penyokong-Siber-Bola-Sepak-Kelantan/167540886083?__a=19
atau laman web Kelate.net - http://www.kelate.net/


~GOMO KELATE GOMO~

6 comments:

  1. adow ngoti ko siaran tundo nie??

    ReplyDelete
  2. raso2 kalom mlm niiiii...
    .....kedah lah kaloh ..heheheeheh

    ReplyDelete
  3. ehe eheh eh...kalom pukok "kaloh" laaaa
    ...i'm soriiii..

    ReplyDelete
  4. aaaaaa... salah lagi..
    ..."kelantan pukok kedahhh....."

    ReplyDelete
  5. alos las Abe Nor.. dio sore komen sapa 3 nah.. bendo tulo plok tuh wahahaha

    ReplyDelete