Wednesday, September 15, 2010

DENDAM TAK BERBALAS - KELANTAN [0] - [1] N. SEMBILAN

Aksi yang mengeceawakan.. begitulah luahan majoriti penyokong TRW yang memenuhi stadium mlm tadi (Selasa). Rata2 menyatakan rasa tidak puas hati mereka di wall facebook masing2. Ada juga yang menyalahkan pengadil mlm itu Yusof Mat Karim yang menghadiahkan penalti kpd N9 yang kontravesi. Selebihnya meluahkan rasa sakit hati melihat persembahan pasukan Kelantan yang kurang bermaya dengan ketumpulan bahagian serangan + jentera tengah yg hilang idea.



25Ribu penyokong dtg membanjiri stadium dgn harapan utk melihat & meraikan kemenangan terhadap N9 bg mengubat luka lama tewas pada pentas Final PM tahun lalu tidak kesampaian. Malah luka lama berdarah kembali. Kekecewaan penyokong diluahkan dgn balingan mercun & bunga api sebaik sahaja pengadil memberi penalti kpd N9. Namun sebilangan besar penyokong tetap bersabar dgn tindakan liar sebilangan kecil penonton (bkn penyokong) yg membuat onar sambil mengutuk keras tindakan tersebut. Insaflah wahai penonton... Kalah menang adat pertandingan. "Org yg bijak akan cuba untuk menerima kekalahan demi untuk mengecapi sebuah kejayaan"

Kelantan seharusnya menang dgn selesa berdasarkan penguasaan permainan & serangan yg bertali arus. Tp sayang, penyudah yg tumpul serta hantaran ke dlm kotak penalti kpd rakan kurang cermat & tidak tepat. Pada hemat saya, pasukan Kelantan terlalu taksub mencari kemenangan tanpa memikirkan cara utk menang. Jurulatih serta pemain kelantan spt tidak belajar dari kekalahan dgn Felda Utd Fc tempohari (friendly match pada 5 September di Kota Bharu). Ia seperti perlawanan ulangan aksi hambar skuad B.Sathianathan. Tektikal sama saja, sikit pun tidak berubah cuma pemain2 sahaja yg bertukar posisi sekali sekala. Siapalah kita utk membincangkan mengenai tektikal, tp apa yg boleh kita lihat... corak serangan & cara utk mendapat kan gol tidak variasi, tiada plan B, C atau D.

Lupakan dulu kekalahan smlm, tumpukan perhatian pada perlawanan seterusnya menentang PKNS FC di Kelana jaya Jumaat ini. Kekalahan dgn N9 di arena sendiri harus pantas ditebus utk mengembalikan langkah gagah Pahlawan Merah bagi sekali lg ke gelanggang Final musim ini. Ayuh bangkit lah wahai Sang Kijang yg mungkin terlena seketika... GKG - userunyusof


Crew Astro Arena yg menjayakan siaran langsung mlm td








































No comments:

Post a Comment