Friday, September 17, 2010

Keputusan Penuh : PKNS FC [0]-[1] KELANTAN




Kelantan bangkit tewaskan PKNS

September 18th 2010 | Posted by Liga Malaysia

NAIB juara 2009, Kelantan kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menghampakan tuan rumah, Selangor PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua di Stadium Petaling Jaya, malam tadi.

Selepas menerima kejutan di laman sendiri, tewas 0-1 kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kota Bharu Selasa lepas, kemenangan berkenaan kembali melonjakkan moral skuad The Red Warriors dalam usaha mereka memburu trofi sulung Piala Malaysia.

Pada minit-minit akhir perlawanan, penyokong Kelantan hampir tersentak apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah kerana mendakwa S Subramaniam menahan bola dengan tangan ketika perlawanan hampir ditamatkan.

Mujur ketangkasan penjaga gol, Syed Adney menyelamatkan Kelantan daripada pulang hampa apabila dia tenang menyelamatkan bola yang menghala ke sebelah kiri pintu gol pelawat. - sumber : http://liga-m.sokernet.com

No comments:

Post a Comment