Monday, September 13, 2010

Piala Malaysia : Kelantan vs N. Sembilan

Add Image
Salam Syawal buat semua, alhamdulillah saya panjatkan syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya kita semua rakyat Malaysia dapat meraikan hari raya aidilfitri dalam keadaan aman, sentosa & penuh keharmonian. Hari ini 14hb. Sept. 2010 bersamaan 5 Syawal 1431 Hijrah, majlis rumah terbuka masih meriah sana sini dalam keadaan mood raya yang masih tebal dalam diri umat Islam seluruhnya. Bagi peminat tegar bolasepak Kelantan khasnya & Liga Malaysia umumnya, hari ini merupakan hari bermulanya sepak mula saingan Piala Malaysia 2010. Wpun dlm suasana hari raya, ketupat rendang masih dlm kepala.. janganlah lupa untuk kita sama2 memeriahkan bolasepak kita.

Kelantan vs N. Sembilan merupakan Perlawanan tumpuan mlm ini kerana kedua-dua pasukan yg bakal berentap ini adalah finalist Piala Malaysia tahun lalu. Ini merupakan perlawanan kumpulan yang pertama bagi kedua2 pasukan yang pasti akan menjanjikan satu perlawanan yang sengit untuk memastikan 3 mata pertama dpt digenggam. Cabaran yang agak sukar utk skuad rusa kerana berdepan kelantan di gelanggang keramat mereka di kota bharu. Penyokong2 kelantan pasti akan memenuhi setiap sudut stadium pasukan kesayangan mereka mlm ini memandangkan anak2 kelantan di perantauan masih lg berada di kota bharu sempena cuti hari raya. Stadium Sultan Mohd IV pasti melimpah mlm ini.

Buat pasukan Kelantan, ini adalah masanya utk balas dendam terhadap N. Sembilan bg menebus kekalahan pada final tahun lalu. Lebih menarik lagi, pemusnah kelantan tahun lalu, Hairudin Omar kini berada bersama skuad Kelantan. Adakah beliau akan menjadi pemusnah pasukan lamanya?? Sama2 kita nantikan... gomo kelate gomo..! -userunyusof


No comments:

Post a Comment