Saturday, September 18, 2010

Syed Adney wira penyelamat The Red Warriors

Bergambar kenangan bersama Syed Adney di Majlis Memperkenalkan skuad Liga Super Kelantan awal tahun ini.


Sejak smlm rata2 penyokong & peminat pasukan Kelantan tidak henti2 memuji & meluahkan rasa amat bangga dengan penjaga gol kedua Kelantan Syed Adney (Syed) yg berjaya menepis sepakan penalti PKNS FC pada minit ke-90 & seterusnya memberikan kemenangan bermakna buat Kelantan hasil jaringan tunggal Akmal Rizal pada minit ke-73. Jika tiada penalti dihadiahkan kpd PKNS FC mlm td akibat bola terkena tangan Subra dlm kotak penalti, seharusnya wira mlm td adalah milik Akmal. Namun ternyata Syed lebih layak digelar wira sebenar kerana ketangkasan beliau menepis & membaca dgn tepat arah sepakan deras kapten PKNS FC Mohd Fadhil Mohd Hashim. Jika dilihat dari ulangan video penalti tersebut, bkn mudah utk menidakkannya tetapi Syed berjaya melakukan dgn cemerlang sekali.

Hasil dari ketangkasan Syed menyelamatkan 3 mata Kelantan mlm td seharusnya menjadikan Syed lebih yakin pada diri sendiri utk beraksi dgn lebih cemerlang di game yg akan dtg. Di harap puji-pujian yg dihamburkan kepada beliau boleh menjadikan Syed lebih matang & bukannya 'lena di ulit intan'. Syed sudah boleh melupakan kesilapan lama kerana beliau telah membuktikan kepada seluruh penyokong Kelantan khususnya yg tidak henti2 menkritik beliau setiap kali turun beraksi.

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
- TAHNIAH to Syed Adney sbb save penalti PKNS & tidak lupa juga pada Akmal yg menjaringkan gol kemenangan KELATE & semua pemain2.
- userunyusof


No comments:

Post a Comment